June 6, 2010

Tempoh Menunggu & Takaful Health (Medical Card)

TEMPOH MENUNGGU

Jika tuan/puan baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Sila rujuk rajah berikut :



Penerangan

~ Borang Proposal beserta caruman pertama dimajukan - Pampasan kematian akibat kemalangan diberikan

~ Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.

~ Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital panel swasta akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

~ Selepas 3 bulan - Kad Perubatan (TH) boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan (berikan no polisi ketika di kaunter)

~ Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.

Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika tuan/puan fikir bahawa kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya kejadian yang tidak diingini berlaku & manfaat-manfaat yang tersedia ini diperlukan...

*************************************************************************
Takaful Health menawarkan 4 Plan untuk Medical Card (kemasukan hospital panel swasta & kos rawatan).


Prudential BSN Takaful telah melancarkan medical card terbaru dengan "No Claim Bonus" (NCB) jika anda tiada claim dalam setahun.
Anda boleh dapat balik RM100-RM500 ikut pilihan kalian.. memang mantops!